Malaysia di era transformasi di bawah era Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menekankan transformasi holistik dalam segenap aspek ekonomi, sosial dan daripada segi kerajaan. seperti yang kita sedia maklum kerajaan telah mengumumkan empat tonggak transformasi negara kita iaitu Prinsip 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Kedua adalah Program Transformasi Kerajaan, ketiga adalah Program Transformasi Ekonomi dan keempat yang telah diumumkan pertengahan tahun ini ialah Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Saudara saudari yang saya hormati sekalian, Prinsip 1Malaysia ialah satu gagasan bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya diterapkan di dalam diri setiap rakyat Malaysia. Perpaduan yang digambarkan oleh 1Malaysia ini berbeza daripada konsep asimilasi yang diamalkan oleh negara-negara lain di mana identiti satu-satu kaum ini dilenyapkan dan diganti dengan identiti nasional yang bersama. Di Malaysia kita menekankan sikap ‘penerimaan’ di mana di kalangan rakyat berbilang kaum ini, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang selain adanya agar kita semuanya kita dapat hidup bersama dan saling hormat-menghormati sebagai satu negara, identiti, dan kepelbagaian kaum di Malaysia diambil sebagai satu aset kelebihan yang kita semua harus berbangga kerana tidak banyak negara di dunia ini yang memiliki keunikan. Ini adalah perbezaannya di antara asimilasi dan penerimaan.
1Malaysia yang diasaskan kepada prinsip-prinsip keadilan semua kaum membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tidak ada akan dipinggirkan bukan sahaja kaum, tidak ada kawasan yang tertentu di dalam negara kita akan terpinggir di dalam arus pembangunan yang ada di dalam negara kita. Walau bagaimanapun keadilan ini mengambil kira taraf kemajuan kumpulan-kumpulan yang tertentu berada di tahap berbeza. Oleh itu dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan perlembagaan memberikan pembelaan kepada orang yang memerlukannya dapat dilaksanakan semasa kita menghayati prinsip 1Malaysia. Dalam usaha kita mencapai tujuan material kita sebagai rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu dan ini dimulakan dulu membentuk sikap penerimaan antara kaum dan seterusnya membawa kepada perpaduan yang utuh dan jati.
Apabila ini dilakukan segala urusan pembangunan negara kita akan bergerak lebih lancar dan sebarang kesulitan akan lebih mudah di atasi. Sudah tentu kita tidak dapat lari daripada kenyataan bahawa wujud perbezaan di antara kita tetapi sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum atau agama, kita semua adalah satu dan agama rakyat Malaysia. Dalam usaha untuk mentransformasikan kerajaan kita Malaysia sebagai sebuah negara yang relatifnya boleh dianggap masih mudah, kita telah berjaya telah melakar pelbagai cerita kejayaan yang bukan calang-calangnya dari segi pertumbuhan ekonomi, kualiti hidup, kemudahan asas, pendidikan, kesihatan, sains dan teknologi serta lain-lain bidang. Walaupun dengan kejayaan ini, keadaan masih mencabar untuk memenuhi aspirasi wawasan 2020.
Kita perlu melaksanakan anjakan paradigma dalam bidang ekonomi dan sosial memandangkan persekitaran global yang semakin mencabar yang kita saksikan dalam krisis ekonomi dan sosial sebelum ini mungkin akan berluang dalam bentuk atau skala yang lebih sukar untuk diatasi. Kejayaan kita dimungkinkan oleh perkhidmatan kita yang telah banyak berkembang maju dan berjaya menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Akan tetapi persekitaran dunia yang kita diami ini tidak bersifat statik, tuntutan terhadap penambahbaikan dalam kualiti perkhidmatan awam tidak pernah surut. Maka bagi membantu meningkatkan prestasi kita supaya mencapai Wawasan 2020, kerajaan telah merangka Transformasi Kerajaan yang bermatlamatkan untuk meningkatkan penyampaian berkesan perkhidmatan kerajaan berpaksikan kepada enam bidang keberhasilan utama atau yang dipanggil NKRA dan bidang-bidang yang lain yang meliputi di peringkat di setiap satu kementerian yang dipanggil MKRA.
NKRA dan MKRA dirangka berdasarkan prinsip 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Ini bermakna tidak ada kumpulan akan dipinggirkan dan bantuan segera wang akan diberikan berdasarkan keperluan dan merit. Walau bagaimanapun hak yang termaktub di dalam perlembagaan akan dipatuhi dan pembangunan di tahap yang berbeza kumpulan yang berlainan harus diambil kira. Berikutan pelaksanaan NKRA dan MKRA ini, manfaat 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan akan menjadi lebih signifikan bagi semua pihak yang berkepentingan bagi rakyat yang terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar dan mempunyai pendapatan isi rumah yang rendah. Ini seharusnya akan meningkatkan kualiti kehidupan mereka secara menyeluruh dan menyerapkan rasa perpaduan yang lebih tinggi. Sementara itu komuniti perniagaan akan menikmati manfaat iaitu diberi laluan mudah dan telus dalam berurusan dengan kerajaan, infrastruktur yang lebih cekap, dan untuk melakukan perniagaan dan kualiti tenaga kerja yang lebih baik.
Akhir sekali dalam hal ini, pegawai perkhidmatan awam akan berpeluang mendapatkan ganjaran dan pengiktirafan dalam prestasi cemerlang serta berpeluang untuk belajar dan mengaplikasikan kaedah penyampaian yang baru dan inovatif. Di dalam mentransformasikan ekonomi kita kerajaan telah mewujudkan satu dasar baru iaitu Model Ekonomi Baru. Kemajuan yang telah kita capai beberapa dekat yang lalu kini menjadi perlahan dan prospek ekonomi yang kurang memberangsangkan. Kita tersekat dengan pendapatan sederhana. Kebanyakan dasar dan strategi yang kita gunakan tidak lagi mampu untuk membawa kita ke peringkat yang seterusnya. Menyedari hakikat ini, program transformasi ekonomi berteraskan model ekonomi dibentuk untuk menggerakkan kita terus ke hadapan lantas keluar daripada keadaan lembap sekarang ke arah menjadi ekonomi yang berpendapatan tinggi yang teragung dan mapan.
Tiga komponen berkenaan iaitu berpendapatan tinggi, perangkuman, dan kemapanan akan dicapai secara bersama untuk mencapai hasrat dan tujuan ekonomi model ini. pelaksanaan konsisten dasar yang menyasar lapan inisiatif pembaharuan strategik yang telah dikenal pasti bukan sahaja sekadar merangsang pertumbuhan dan menarik pelaburan swasta malah tumpuan aspek pembangunan manusia juga akan diberi keutamaan. Ketidaksamaan juga akan diatasi dengan giat dan jurang perbezaan ekonomi yang meluas di Sabah Sarawak serta di kawasan luar bandar semenanjung Malaysia dan kawasan yang lebih maju akan dirapatkan.

0 comments:
Post a Comment