October 20, 2010

Cerita Parlimen-Rumah pertama ku

Salam, 
Dok-dok sembang pasal nak beli rumah kat office, tiba-tiba isu itu dibahaskan di Parlimen sekarang. Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk pembankang dan parti kerajaan menyokong dan ada juga membangkang. Biasalah pembangkang akan membankang kan. So apabila meniliti teks ucapan mereka ini, ada betul juga apa dia orang cakapkan.
  1. Rumah sekarang termasuk semiD, apartmen, teres pun harganya tidak lebih kurang antara 200 ribu hingga 300 ribu. Di dalam bajet 2011, dikatakan " Untuk membantu golongan ini, Kerajaan akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas, yang akan menawarkan jaminan Kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga rumah di bawah 220 ribu ringgit".  Ada atau tidak rumah yang berharga RM220 ribu ke bawah yang mampu dibeli untuk orang muda ini. Kebarangkalian mungkin ada tetapi bukan di kawasan bandar atau mungkin rumah kos rendah.
  2. Ada juga yb menyatakan amat sukar untuk golongan orang muda ini untuk memiliki rumah jika pendapatan hanya RM3000 ke bawah. Ini akan mewujudkan persekitaran yang kurang selesa iaitu hidup dibebani dengan hutang.
So, jika hendak mendapat rumah pertama, sila pastikan orang rumah bekerja supaya dapat mengurangkan beban. 
Kalau aku ni PM, aku akan wujudkan kawasan perumahan yang dinamakan "Taman Orang Muda" / First Home Village/apartment di kawasan-kawasan yg strategik jika ada. Rumah itu boleh dibuat secara apartment, rumah teres, flat, kondo. Ini secara tidak langsung akan membantu mereka orang-orang muda. Harga sebuah rumah dekat RM199 ribu. 
Rumah yang mahal disebabkan tanah yang mahal, so jika kerajaan ada tanah, gunakan tanah itu untuk disediakan kepada orang-orang muda ini, modal insan ini. Tidak kisahlah campur kaum ke apa. Yelah bila setiap season, ada je benda yang boleh dimakan hehe.
Kemudian buat satu syarat jika hendak menjual rumah tersebut, tuan rumah mandapat 5% untung daripada kos asal rumah itu. 5% itu boleh ditolak jika rumah tersebut rosak, ini macam revention
So nasihat, rumah pertama sebelum kawin, imposible, rumah pertama selepas kawin plausible. 
Wasslaam

No comments: