Salam 1Malaysia,
- PM kita yg baru memperkenakan konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"
- Konsep ini sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara.
- Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini unruk mempersiapkan negara dalam menghadapi cabaran di dalam era global ini.
- Definisi 1Malaysia "Kita berdiri, kita berfikir, dan bertindak sebagai bangasa Malaysia dan kita mengambil tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita.
- Matlamat 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.
- 1Malaysia juga bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.
- Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan Hormat Menghormati, Keikhlasan, dan sikap saling Mempercayai antara kaum.
- 1Malaysia memerlukan pemimpin yg berintegriti (jujur, berkebolehan, benar, telus, ikhlas), Kebolehan (meranacang, mengatur strategi, menilai, prestasi n tepati masa), Mesra Rakyat (korban masa, tenaga, kewangan,ketepikan kepentingan peribadi).
- 1Malaysia memerlukan rakyat yang Komitmen terhadap tugas, Bertanggungjawab, Berdedikasi, dan Komited dalam melaksanakan tugas demi kemajuan negara.
- 1Malaysia adalah pemangkin kepada pewujudan negara bangsa yg dapat melahirkan rakyat yg mempunyai kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai Integriti, Kebolehan, Dedikasi dan Kesetiaan.
- Jesteru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu Budaya Kecermelangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
- 3 Prinsip Teras 1Malaysia
- Prinsip Penerimaan
- Prinsip Kenegaraan
- Prinsip Keadilan Sosial
- Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yg berbeza, tapi kita menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia.
- Prinsip kenegaraan adalah konsep perpaduan dan cintakan negara.
- Prinsip keadilan sosial adalah memberi keadilan kepada mana-mana kaum yg memerlukan tanpa mengira kepentingan.
- sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan(togetherness) dan kekitaan(sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.





